Zcal memudahkan proses set appointment dan schedule meeting agar nampak lebih profesional

Korang masih guna whatsapp untuk set appointment dengan client? 

Kalau ya, maybe korang dah boleh stop guna whatsapp untuk tujuan tu sebab aku akan perkenalkan kat korang satu website yang membolehkan korang set appointment dengan cara yang lebih profesional. 

Perkenalkan...

Zcal

Zcal di sebuah website yang offer servis setup appointment dengan cara lebih sistematik. Dan yang paling penting, benda ni percuma.

Unlimited link


Korang boleh explore sendiri website ni. Contohnya korang ni takaful atau financial advisor. Korang ada sediakan khidmat consultation. So guna je zcal ni. Generate link untuk aktiviti consultation, set hari dan masa yang korang available untuk consultation.

Then share link tu kat clients. Nanti mereka akan pilih hari dan waktu yang sesuai macam yang korang dah set.

Kalau tiba-tiba ada emergency dengan hari dan masa, korang boleh reschedule appointment tu. 

Pendapat aku, sistem zcal ni sangat simple. Nak set appointment pun senang. Takde lah clash masa sebab once date dan masa tu dah ada orang booked for appointment, client yang lain dah tak boleh nak amik masa tu.

Contohnya, client A pilih hari isnin 17hb pukul 3 petang.
So client B boleh pilih hari yang sama isnin 17hb tapi button 3 petang tu dah hilang sebab dah ada yang booked. Dia kena pilih waktu lain.

Bila client submit button, korang akan dapat email tentang appointment tu. Client pun dapat sekali. Siap ada link google meet lagi. 

Korang juga boleh set nak open slot appointment berapa meeting 1 hari. Kalau korang rajin, boleh set 3 kali sehari. Kalau busy, 1 hari je appointment boleh buat. Korang juga boleh disable mana-mana hari yang tak nak buat. Semua kuasa di tangan korang. 

Sync to Calander

Lagi satu, korang boleh set, nak buat meeting 1 on 1 boleh, meeting by group pun boleh. Dan paling best, dia auto sync dekat kita punya google Calander. Dan antara part yang best, korang boleh aktifkan zoom, microsoft team, google meet untuk meeting nanti. 

Awesome kan?

Selain agent takaful, public mutual, orang yang dalam bidang akademik pun boleh guna zcal ni. Contohnya nak buat meeting mentor mentee. So boleh share link kat student, biar mereka pilih hari dan masa. Selesai.

Kalau korang rasa zcal ni berguna untuk pekerjaan korang, share la sket kat ruangan komen pengalaman guna website ni. Benda baik kita kongsi.

Daftar zcal secara percuma

Klik sini untuk daftar

Semoga bermanfaat. Sekian, wasalam




Post a Comment

0 Comments