Nak Jadi Preferred Seller di Shopee? Korang Kena Penuhi Syarat-Syarat Ini

Foto: Uang Online
Preferred seller merupakan satu kelebihan yang diberikan pihak shopee pada kedai yg mencapai kriteria ditetapkan. Kedai yang mendapat title tersebut akan mendapat tag "Preferred" berwarna oren di paparan hadapan atas produk anda.

Best sangat ke dapat tag Preferred Seller ni? Baca seterusnya~

Syarat Asas Menjadi Preferred Seller

  • Kedai yang superb aktif
  • Mempunyai rating yang bagus
  • Ada transaksi pembelian yang power
  • Customer service yang disukai pelanggan

Syarat Khusus Menjadi Preferred Seller

Sumber: Shopee Malaysia
  1. Jualan sebulan mestilah melebihi 75 order
  2. Pembeli berlainan (unik buyer) minima 35 orang sebulan
  3. Chat respons rate atas 70%
  4. Shop rating atas 4.6
  5. Penalty points 0 points
  6. 100% barang yg dijual adalah asli
  7. Peratus listing produk ready stok mestilah atas 95%

Kelebihan Sebagai Preferred Seller

  1. Anak kesayangan shopee. Apa-apa offer of course la mereka dapat dulu
  2. Boleh join Shocking Sale. Ini yang membuatkan preferred seller buat puluhan ribu satu malam
  3. Pembeli yang membeli dari kedai "Preferred" akan dapat shopee coin

Kedai Disemak Setiap Bulan

Kriteria ini akan disemak setiap bulan dan jika bulan lepas anda layak, bulan depan belum tentu. Sekiranya anda layak, Anda akan dapat notification dan dikehendaki berikan gambar selfie anda memegang kad pengenalan. Selepas beberapa hari, kedai anda akan dapat title preferred seller.

Secara kesimpulannya, mendapat title preferred seller ni memang sesuatu yang di impikan oleh setiap seller di shopee. So jika korang betul-betul nak buat duit di platform shopee, usaha untuk dapat title ni, insyaAllah boleh.

Tips:

  • Jual produk yang murah seperti stokin budak yang kalau sekali beli customer akan grab 5 pasang. Kalau sebulan ada 20 orang beli dah lepas syarat khusus nombor 1.
  • Bagi free gift untuk tingkatkan rating kedai
  • Cepat-cepat respon bila customer PM. Aktifkan auto reply sedia ada.
Semoga bermanfaat!

Post a Comment

2 Comments

  1. Jazakallahulkhair atas perkongsian ilmunya

    ReplyDelete
  2. Ilmu yg bermanfaat utk beginner..tqvm atas perkongsian

    ReplyDelete