Vmaker - Screen recording yang simple but powerful (Free account)


Korang tengah mencari-cari software screen recording kan? Tepat la pada masanya. Ni aku nak share satu software yang aku sendiri pakai. Yang penting best dan free.

Actually, kalau nak cerita, screen recording ni ade banyak. Tapi personally aku pakai tiga je, Berrycast, loom dan Vmaker.

Berrycast ni mahei. 10usd sebulan dan subscription dia ikut tahunan. So setahun 120usd. Kira-kira dalam RM500++. Disebabkan yang ni aku dapat free, alhamdulillah. Dulu berrycast ni ade offer free account. Sekarang dah takde. Wasalammm. Loom pulak sebab aku leh dapat loom for education. So dapat pro function. Rugi la kalau tak guna.

Untuk entry kali ni, aku nak introduce Vmaker. Sebab apa? Sebab ada free account, very simple dan sangat-sangat bagus. 

Kalau tak caye, cuba la try tengok.

Disebabkan benda ni free, of course la dia ada limitation. But form me, kalau setakat korang nak record screen sampai 7 minit tu tak de hal la. Contohnya korang buat tutorial excel. Record screen 3-4 minit pun dah ok. Lama-lama orang boring lak nanti.

Semoga bermanfaat!

Post a Comment

0 Comments