Review Shopee X J&T Express Free Shipping Program


Alhamdulillah. Permohonan untuk join J&T Express under shopee free shipping program dah berjaya. Kalau tak silap saya, ade la dalam 3 minggu lepas buat permohonan baru terpilih.

So selepas sebulan lebih guna J&T Express, dari segi operasi dan penghantaran, saya memang berpuas hati.

Ni review saya untuk servis J&T Express


Harga @ rate

Mulai 1 ogos 2019, J&T Express dah naikkan fee mereka dari RM4.03 ke RM4.13. But still yang paling murah antara yang lain.


Waybill

Lebih simple berbanding Poslaju. Just perlu print 2 copy (1 helai kertas A4). Poslaju kena print 4 copy (2 helai A4). Jimat sehelai kertas.


Urusan kaunter

Bila dah siap packing barang, selitkan waybill dan hantar ke kaunter. Cakap drop-off then terus mereka terima. Kalau di Poslaju, kena isi borang PL9. J&T Expresss tak perlu isi apa-apa borang.


Penghantaran

Boleh cakap agak pantas.


Operating hour

Ini antara faktor kenapa saya pilih J&T Express. Mereka ni start bukak kaunter seawal 8 pagi. Tutup 8 malam. Awesome kan!


J&T Express VS Poslaju


Sometimes, tak boleh nak compare sangat free shipping program antara J&T Express dengan Poslaju. Masing-masing ade kelebihan.

J&T Express murah maybe sebab program ni support untuk 3kg ke bawah je. Poslaju support 5kg. Nampak tak beza kat situ. So kalau korang punya barang memang lebih berat dari 3kg, guna Poslaju. Kalau ringan dari 3kg, J&T Express memang sesuai untuk bisnes korang.

Cuma ada 1 perkara yang membuatkan saya sedikit risau. Cewwah. Suspen tak? Takde la. Ini andaian je ok. untuk worse case scenario

Disebabkan takde borang yang perlu diisi mase kat kaunter, ape akan jadi "kot-kot" staff yang terima barang tadi busy gila dan terlupa letak parcel kita kat mana then hilang. Then takde bukti yang menunjukkan kita dah hantar parcel ke drop-off. Tracking dalam shopee tak jalan. Customer claim kita tipu.

Sekali lagi saya nyatakan, perkara di atas hanyalah andaian jika berlaku "human error".

Kesimpulan


Alhamdulillah, pengalaman saya dengan J&T Express belum pernah mengecewakan dan sememangnya terbaik. Saya percaya J&T Express ada satu SOP yang efisyen untuk mengelakkan dari berlakunya perkara seperti yang saya andaikan di atas.

Itu je review saya untuk syarikat courier baru ni. Bagi korang yang belum join, cuba lah. Tak rugi pun. Boleh rujuk posting saya yang ni.

Thank you!

Post a Comment

0 Comments