Cara promote bisnes baru dengan teknik percuma


Ramai seller online especially yang baru SUSAH nak buat jualan di peringkat awal start bisnes. Al-maklumlah, bisnes baru. Orang pun tak kenal kita lagi. Krik krik tu biasa. Cengkerik tu memang dah dah jadi best friend.

Ok lagi kalau buat dropship sebab tak pegang stock. Kalau yang jadi agen? Stokis? Penuh produk kat bawah katil. Sebab tu bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan bisnes online saya recommend buat dropship dulu. Jangan keluarkan modal.

Buatpe kuar modal kalau boleh buat free

Kekadang tertanya-tanya. Dia tu boleh je jual. Aku buat jadi cengkerik je. Ape yang tak kena ek? Takkan nak guna iklan berbayar kot. Bajet pun bukan banyak.

Betul tak apa yang saya cakap ni? Kalau korang newbie dan mengalami perkara-perkara di atas, sila angguk kepala dua kali 😊😊

Sometimes, bende-bende macam ni yang membuatkan ramai newbie tersungkur dan surrender awal. Jom kita kupas secara ringkas (harap artikel ni tak panjang).

Tengok balik apa yang saya tulis kat atas.

Orang baru nak berniaga. Orang tak kenal siapa kita. Yang kenal adik beradik dan kawan-kawan. Bila baru, "exposure" tu kurang. Benda ni yang kita kena utamakan. Dalam bahasa lainnya lebarkan sayapmu!

Macam mana nak bagi tahu orang yang kita tengah buat bisnes? Kat sini saya kongsikan beberapa cara.


1. Mulut ke mulut


Bukan bercium ye. Dose! 😋😋 Sampaikan dari mulut ke mulut. Mulakan dengan orang terdekat macam kawan office, jiran-jiran dan adik beradik. Buat slow and steady. Ingat, hanya sampaikan yang korang buat bisnes apa. Jangan menjual lagi. Ini pantang nenek moyang ok!


2. Post ke group sembang


Korang boleh juga post dekat group wasap atau group telegram jiran tetangga dan kawan-kawan office. Biasanya group-group office ni ade je yang bisnes punya group. Post la kat situ dengan senang hati. Takde idea nak pos macam mana? Taip macam ni

"Salam kawan-kawan... Kalau ade sesape teringin nak makan kepok leko ganu boleh pm saya deh. Aritu adik balik dari ganu ada borong banyak. Fresh dari ladang. InsyaAllah sedap dan puas hati.. Kalau ade yang berminat, esok saya bawak bagi rasa..."

Pastu share 1 gambar dah cukup.

Ingat, tulis tu biar tak nampak menjual sangat sebab niat kita nak bagi tahu semua orang kita ade bisnes.


3. Tester


Ikut je macam contoh kat atas tu. Siapa yang tak suka benda percuma. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak value yang mereka terima. Tapi jangan la selalu. Kang rugi pulak 😖. Ingatlah, dalam bisnes, sharing adalah magnet duit.


4. Post ke facebook group


Nak post dalam facebook group ni ada etika dia. Ada sesetengah group buat rules yang iklan hanya boleh post pada hujung minggu je. Lagi satu, iklan kena post dekat ruang iklan lah. Bukan di bahagian discussion. Kat sini boleh terus iklan menjual.


5. Post ke facebook personal/ profile


Facebook korang, pandai-pandai la korang nak tulis apa. Cumanya kena ingat satu benda ni. Facebook dicipta untuk bersosial. So create posting korang tu dengan nilai sosial. Maksud kat sini, posting yang ade value of engagement.

Galakkan ade engagement dalam posting. Macam mana nak buat? Buat sharing pengalaman, buat review produk, buat 'behind the scene', tanya soalan dan macam-macam teknik lagi. Ini nama dia soft selling.

Tak nampak sangat menjual tapi ade bende yang dijual 👧


6. Give more


Ehh berapa banyak bagi la. Bankrupt la saya! Ok ok... Relax... Give more yang saya maksudkan adalah, bagi value pada orang lain. Bagi bukan sahaja dalam bentuk fizikal macam kepok leko. Korang boleh bagi pendapat, idea, panduan, tips dan sebagainya.

Sebagai contoh, agak biasa di facebook group ade orang tanya macam-macam soalan. Korang jawab soalan tu seiklhlas dan bantu menjawab persoalan tu sebaik mungkin. Kalau soalan tu kena dengan niche produk korang, itu kira lubuk rezeki!

Cuba korang bayangkan, korang ade soalan dan tanya dalam group. Tiba-tiba ade minah ni menjawab dengan ringkas dan sangat membantu menjawap soalan tadi. Ape yang korang rasa? Mesti nak tengok profile dia kan?

Gothca!! Aku dapat kamu

So, update profile sangat penting bila start berbisnes. Taip la korang trusted seller produk apa sekian sekian.


7. Bersahabat dengan mereka


Dengan siapa korang nak berkawan? Dengan orang yang pernah tanya soalan yang berkaitan dengan produk yang korang jual. Contohnya, korang jual milk booster. Korang pergi join group-group ibu mengandung.

Jangan menjual kat group tu. Tapi add friends! Yehaaaa! Lagi banyak lagi bagus. Aim ade friend sampai 5000 (ini maksimum).

Kelebihan dia?

Kawan-kawan ni akan nampak kalau korang update status di facebook personal. Teknik ni serius power. Ohh lupa nak cakap, update time gaji tau! 😋


8. Teknik viral


Teknik viral ni ada macam-macam. Kat sini saya kelaskan pada 3 jenis. Ade orang buat viral cara murahan a.k.a kontroversi. Ada orang viral sebab memang layak diviralkan (contoh seller OKU jual donut 20sen tu) sebab isu-isu yang menyentuh emosi. Tapi ade satu teknik viral ni dia lain macam sikit. Nama dia teknik viral hero. Korang boleh tengok la sendiri ye. Pendapat personal saya, teknik viral hero ni sesuai untuk mereka yang level intermediate. Newbie nak try boleh je.


9. Teknik keluar modal


Ok sori sebab nak share teknik berbayar. Tapi teknik ni memang berkesan gila-gila. Rugi sebenarnya kalau tak apply.

Buat banner besar dan letak kat kawasan-kawasan simpan area rumah korang. Kena ada kos untuk print banner, dan mohon lesen dari majlis. Design sendiri je guna powerpoint. Kalau taknak ambik lesen kat majlis, buat bunting (saiz lebih kecil) dan gantung dekat porch rumah. Selambe je kan 😎

Lagi satu, boleh print flyers. Hah, korang tau apa nak kena buat dengan flyers kan? Kalau tak tau komen kat bawah ni. Penat dah menaip. Ingat pendek. Terpanjang pulak artikel ni.

Semoga bermanfaat untuk korang.

Post a Comment

0 Comments