Cara nak pastikan kedai shopee korang dilihat pelanggan


Produk dah upload kat kedai shopee tapi sale takde. Benda ni normal bagi seller-seller baru. So apa yang korang kena buat?

Cara percuma


Teknik Media Sosial

Untuk cara percuma ni, korang kena tau serba sedikit pasal marketing especially social media marketing.

Share produk yang korang jual di semua media sosial yang korang ada akaun contohnya facebook, instagram, messenger, twitter dan lain-lain. Group-group wasap jiran, facebook group taman pun boleh.

Selain tu, korang boleh buat teknik ni.

Teknik M.A.S

Teknik M.A.S. ni bermaksud makan angin di shopee. Aduh jem. Ape pulak makan angin ni? Orang nak berniaga. Hello cik adik, buat bisnes sambil makan angin awesome pe! Ngeh ngeh ngeh

Ok serius serius.

Korang pernah dengan blog walking (BW)? Mas ni sama la macam BW cuma kita makan angin dalam shopee bukan blog. Dah nampak?

Belum?
Aduh. Jem 2x

Ok macam ni. Konon-konon korang jual milk booster. Apa yang korang kena buat ialah:

  1. Cari seller yang menjual produk yang seakan sama
  2. Klik bahagian rating
  3. Tengok senarai customer yang pernah beli dengan seller tu
  4. Klik thumb up button dan follow mereka ni sorang-sorang

Cara ni memang targeted. Korang follow orang yang memang interested dengan produk dalam niche yang sama. Once korang follow mereka ni, secara tak langsung, "kewujudan" kedai korang telah dikenalpasti.

"ehh.. ade orang follow aku... Sape ek. Tengok sket profile... Ooo... Jual milk booster jugak. Tengok sket review... Ehh takde review. Trusted ke dia ni..."

Haa.. Itu lah antara persoalan dan dilema buyer. So 1st buyer sangat penting untuk mendapatkan rating. Cara nak dapat 1st buyer ni kena buat posting lain.

Itu cara free. Jom cerita cara berbayar. Bab ni korang mesti liat sket kan sebab nak kena kuar modal. Nak buat camne dik. Cara berbayar lah cara nak dapat traffic ke kedai shopee kita dengan lebih pantas. Name pon berbayar, kalau lambat baik takyah kan.

Cara berbayar


Tak lain tak bukan, korang kena guna shopee ads.



Shopee ads atau Shopee My Ads ni merupakan satu teknik marketing iklan berbayar yang agak mirip dengan google adwords.

My Ads Shopee ni dia guna konsep "keyword search".

Sebagai contoh, kalau korang nak cari telekung, korang akan taip apa di shopee? Mungkin

  • telekung satin
  • siti khadijah
  • telekung murah atau 
  • telekung sahaja

Contoh-contoh keyword di atas lah yang perlu korang fahami untuk membuat iklan di shopee. Basically korang kena tahu dan faham apa jenis keyword yang biasa ditaip oleh customer.

So bila pemilihan keyword pada iklan itu tepat, peluang untuk iklan korang keluar di paparan carian utama adalah sangat tinggi! Customer akan nampak iklan korang dulu berbanding iklan-iklan yang tak guna My Ads.

Tapi kena ingat...

My Ads Shopee ni based on Cost per click (CPC). Semakin ramai customer click iklan korang, semakin tinggi nilai yang korang perlu bayar.

So macam mana nak elakkan iklan yang korang dah labur berpuluh ratus ringgit ni tak dibazirkan dengan hasil carian yang tak relevan?

Jawapannya

Be specific! 

Sebagai contoh, jangan bid perkataan atau keyword yang terlalu umum. Once terlalu umum, hasil carian shopee pun dia kira sekali iklan korang. Sebagai contoh

Korang jual milk booster kan? Keyword yang korang nak bid, korang letak specific macam ni

Milk booster, milkbooster, dan apa-apa lah. Jangan pilih milk, booster, susu. Nanti engine carian shopee akan keluarkan segala produk yang ade keyword umum tu. Kan rugi.

Itu je untuk perkongsian kali ni tetang bisnes shopee. Kalau korang berminat nak belajar lebih serius pasal My Ads ni, boleh belajar kat sini. Sekian terima kasih kerana membaca. Semoga dapat manfaat.

Nak tanya apa-apa? Komen kat bawah ok!

Post a Comment

2 Comments

  1. Assalamualaikum, berapa harga cadangan bid CPC ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam, apa yang saya tahu, 7 sen (RM0.07) - Exact match. Boleh naikkan sikit2 (pantau setiap hari)

      Delete