7 Sebab Anda Perlu Menjual di Shopee: Lubuk Customer


Betul ke korang belum ada akaun shopee lagi? Kalau belum ada, saya harap selepas korang baca artikel ni dah boleh terus create akaun shopee.

Kenapa Perlu Buka Akaun Shopee?

Saya pun macam korang dulu, seorang online seller dan masih aktif menjual. Sebelum ni mostly saya menggunakan facebook dan mudah.my untuk mengiklankan produk.

Sales? Alhamdulillah ok. Cuma takde lah hari-hari. Tapi trend jualan berubah bila saya start menjual di Shopee.

Apa yang membuatkan saya berminat untuk buka akaun shopee? Secara jujurnya, saya tertarik bukan sebab nak menjual tapi nak membeli barang. Shopee menawarkan produk-produk yang menarik dan harga pula agak murah.

Time tu nak dapat free shipping pun rendah. Shopping minimum RM30 dah layak. Zaman tu tak perlu nak pilih voucher code free shippping masa nak check out, semua automatik.

Ramai yang bertanya, susah ke bang menjual di Shopee?

Nak tahu senang ke susah, cuba jadi pembeli di shopee. Baru korang akan tahu.

Bagi saya yang pernah menjual di platform ecommerce yang lain seperti Lazada, 11street, Lelong.my, buat masa ni Shopee paling mudah nak urus. Prosesnya agak simple dan straight forward.

So kat sini saya nak kongsikan 7 sebab kenapa korang perlu start menjual di shopee.

1. Percuma & Sistem yang Mudah

Shopee tak kenakan apa-apa bayaran untuk mendaftar. Even kalau korang takde SSM pun boleh menjual. Tapi kalau ada SSM lagi la bagus kan.

Lagi satu, sistem yang mesra pengguna, tak kira korang sebagai pembeli atau penjual. Tak percaya? Cubalah sendiri. korang boleh mula untuk bukak akaun sekarang.

Buka akaun Shopee : Di sini

2. Lubuk Supplier dan Dropship

Foto: Federal-Mogul
Dalam shopee sendiri terdapat beribu supplier yang memang get ready untuk terima korang jadi dropship mereka.

Korang hanya perlu cari mereka di sana. Susah tak nak cari supplier dalam shopee? Tak susah, senang sangat! Bila dah jumpa, boleh buat dropship je.
Dropship

Tak perlu keluar modal. Deal dengan supplier. Korang promotekan produk supplier di kedai korang. Bila ade order, submit order pada supplier, nanti mereka yang hantar barang. Korang just tunggu duit untung masuk.

3. Fungsi Marketing

Foto: Shopee Malaysia
Dalam akaun shopee korang, ada banyak fungsi-fungsi marketing yang menarik yang telah disediakan.  Customer suka diskaun kan? Korang bagi tag diskaun pada paparan produk korang confirm ada yang berminat untuk membeli.

Nak bagi voucher untuk limited time? Nak guna iklan berbayar My Shopee Ads? Boleh...Semua fungsi ni ada di bahagian marketing. Korang just perlu explore dan guna untuk meningkatkan jualan.

4. Free Shipping Program

Foto: Shopee Malaysia
Tahukah korang Shopee merupakan satu-satunya edagang yang offer free shipping kepada pembeli? Seperti apa yang dipraktikkan sekarang, shopee akan bagi *free shipping jika customer beli barang dengan nilai minimum RM40.

Sometimes bila shopee buat promosi (actually selalu sangat), minimum purchase RM8 pun boleh dapat free shipping!

Satu lagi, customer suka kalau kedai korang ade logo lori hijau free shipping ni. Lagi ligat mereka nak membeli. Yelah, free shipping kot! Selama ni customer kena bayar RM8-RM10 untuk postage, membeli di kedai korang mereka tak dikenakan apa-apa charge.

Once akaun shopee korang dah daftar free shipping program, secara tak langsung, kedai korang dah ade tarikan pada pembeli.

5. Mesra Pengguna Smartphone

Korang boleh upload produk dan pantau kedai shopee korang hanya melalui phone. Boleh tengok sales atau respon chat dari pelanggan di station bus, dalam kelas, toilet dan dimana sahaja. Asalkan phone korang ade bateri.

6. Customer Sedia Membeli

Foto: The Australian
Setiap bulan ada 20 juta pelawat ke website atau apps shopee. Kira-kira secara purata ada 600k pelawat sehari. Analoginya macam ni:

Ade sebuah supermarket baru bukak di kawasan rumah korang. Berduyun-duyun orang pergi membeli-belah kat situ setiap hari. Supermarket tu offer kat korang bukak kedai secara percuma tanpa kena sewa tapak. Korang rasa, korang akan rebut tak peluang ni?

Dan yang paling best, pelawat-pelawat ini sedang membuat perbandingan harga dan dalam mode "bershopping". So jika korang tak meletakkan produk korang di sini, memang teramat rugi!

7. Tak perlu reply whatsapp

Foto: Windows Central
Shopee ni berkonsepkan edagang atau ecommerce. So segala order atau transaksi pembayaran berlaku secara automatik. So korang dah tak perlu lagi susah payah untuk whatsapp customer untuk close sales.Tugas korang just proses je order kepada supplier dan tunggu duit masuk ke shopee wallet korang. Jimat masa dan tenaga.

Ade satu fungsi dalam shopee, nama dia chat. Chat ni disediakan untuk tujuan interaksi diantara korang dan pelanggan. Shopee juga sediakan auto respon untuk customer yang chat dengan korang. So at least takde lah customer tertunggu-tunggu korang reply. Bagus kan?

Take it, or leave it.
Korang nak belajar cara menjual di shopee secara serius? Korang perlu tengok Raja Dropship Shopee, panduan terbaik bagi yang nak belajar menjual di Shopee.

Post a Comment

0 Comments