Pengenalan Ringkas Tentang Shopee

Shopee ni satu platform e-commerce yang populer dengan tema “Free Shipping”. Boleh kata Shopee ni seteru adik beradik Lazada, Lelong.com la (mak pak lain). Fungsi dia sama juga macam adik-beradik dia yang lain, sebagai medium jualan.


Analoginya...

Shopee seperti sebuah pasar malam yang buka 24 jam tapi di alam maya. Korang boleh jual atau iklankan produk secara percuma. Banyak mana yang korang nak. Takde sewa tapak
bagai.

Shopee juga tak kenakan apa-apa charge dalam segala aktiviti jualan dalam sistem Shopee. Berapa
harga yang korang jual, nilai tu jugak yang korang akan dapat. Best kan

Update: Mulai Jan 2019, setiap transaksi yang berjaya, shopee akan charge 1% dari jumlah jualan. Still paling rendah dalam mana-mana ecommerce di Malaysia.

Korang hanya perlu sign-up, hias kedai cantik-cantik, upload produk dan siap. Dah ade kedai pon kat Shopee.

Bagi yang tak berminat menjual, korang digalakkan membeli ;). Shopee menawarkan banyak voucher dan Shocking Sale khas untuk pelanggan Shopee. Harganya? Memang agak competitive. Korang punyai banyak pilihan untuk membeli.

Syarat untuk berjual dan beli di Shopee, haruslah punyai akaun dulu. Korang boleh buka akaun Shopee di sini. Percuma je! Daftar sekarang.

Daftar Akaun Shopee

Post a Comment

0 Comments